Saturday

sleeping beauty

hai, okey semua entry hari ni nak bagitau yang CM ad masuk lakonan drama english for karnival pra-u 2013. yes, the tittle dramas is sleeping beauty.

CM tak jadi pun princess untuk sleeping beauty ni, but..... jadi pari-pari yang bernama FIONA. sweet kan? (bangga) kita orang berlatih dua hari je untuk menjayakan drama ni. dua hari tu tak lama pun, tapi alhamdulilah kejayaan tu berpihak pada kami. tapi rezeki untuk kemenangan bukan pada kami, cikgu-cikgu semua bangga okey dengan lakonan kita orang.

meh sini CM perkenalkan watak-watak dalam sleeping beauty.

 prince philip
 
 princess aurora
 
 flora (pari-pari) and maleficient (ahli sihir)
barisan pelakon.
 
 queen leah.

muka time penat habis latihan . sehari sebelum bertanding.
 
even, kita orang kalah tapi cikgu bagi kata-kata semangat kat kita orang. ye. cikgu faham kita orang dah buad yang terbaik for drama itu. kahkah. kenangan ni takkan CM lupa sampai bila-bila. miss that moment.
 

 

okey, CM out :)

Sunday

teknik menjawab bahasa melayu

assalamualaikum.
apa kabar semua? sehat-sehat ya semua :)

okey, CM pergi teknik menjawab kertas bahasa melayu for STPM sem 2 ari tu jat Sekolah Menangah Agama Johor. kat Kluang je. tak jauh kan? naik motor 15 minit boleh sampai.

so, Cm and geng-geng pergi lah teknik menjawab tu. seminar tu start pukul 8pagi. walaupun start pukul 8 tapi geng-geng CM sampai setengah jam lebih awal . sebab takut tak dapat tempat duduk kat depan. hehe. (konon).

seminar tu sebenarnya bukan untuk sekolah CM je, by the way satu sekolah kat daerah kluang yang khas tok budak-budak tingkatan 6 yang amik bahasa melayu aje.
penceramah yang dok bagi seminar tu pensyarah dari UPSI. wow! hebat kan? mesti bole score STPM nanti kita orang. katanya... hahaha.


ni lah pensyarah tu. dapat snap dari jauh je.
 
pensyarah ni ceramah dari pukul 8pagi, sampai pukul 10pagi. lepastu kita orang dapat rehat selama setengah jam je. lepas tu sambung balik pukul 10.30pagi sampai 12.30 tengah hari. bukan tak lama la kan? ngantuk plus bosan pulak tu. sumpah tak tipu!
 
 
 
 
 sampai dah tahap bosan menguasai nilah perkara-perkara yang tak patut dibuat. ngantuk woi, tak tahan! haha. jangan marah lah pensyarah. kahkah!!


member aku yang sorang ni masih fokus pada taklimat di hadapan. tabik sama lu la.

yeah! dah pukul 12.30 tengah hari. tu maksudnya kita orang dah bole berehat untuk makan tengah hari. yes! kahkah (ketawa jahat sat lah). waktu rehat kita orang yang memang gila gambar apa lagi. dok snap sana snap sini.






bukan main happy lagi muka budak-budak ni. tak ngantuk pun kan? haha

itu snap wajah korang. snap benda tak patut. tengok meh.

ok. CM jumpa songkok kat tepi dewan. ketawa jap. hahahha.

okey, jam 4.30 petang kita orang dibenarkan balik. yeah!

jap-jap, sebelum balik tu sempat snap ni.

papan apa tu? okey itulah sign board nak pergi kuaters polis yang tempat al-hijab berlakon tu. seram tak? haha. kalau sempat-sempat pergi lah ye kat lokasi tu.

kbai,

 

okey, CM out :)






Thursday

go to malacca

salam. anyo? hai..
cuti hari minggu lalu ada gi jalan kat melaka. ya CM rasa sangat terhibur.

 
malacca town.
 
 
tapi tak rasa pun nak menulis menjela. penat lah pula jari nak pegang keyboard.
CM bagi tunjuk gambar jelah. terhibur sikit dari menatap tulisan , hehe

 menara taming sari. syok woo CM kata. dapat tengok bandar melaka dari atas kalau naik ni
 
pandangan dari atas menara taming sari.
 
deretan kedai di melaka



kasut siapa pulak tu?

 
 
apa lagi tunggu kat depan lappy korang tu. siap la cepat jalan gi melaka. oh iye naok taming sari tau. heheh.
 
 
CM semapt pozing tau. :)
 
good. tudung biru kakak CM

mak sedara CM pun sempat jugak SANTAI.

katakan tidak pada rokok. hehe

kami gedik. anda?
what is this? haha.


 
 
so, korang da ready go to malacca. jom pergi bersama-sama CM. indahnua dunia! ~
 

okey, CM out :)


 

misteri pagi jumaat



assalamualaikum.
apa khabar? hari ni terasa nak buad entry pasal kat sekolah pagi tadi lah. series seram macam tajuk kat atas tu. apa yang misteri sangat? okey bagi sesiapa yang tak rasa miteri tu abaikan lah ye entry ni. pergi jauh-jauh. tapi yang rasa nak tahu sangat kemesterian yang berlaku duduk baik-baik kat lappy or com anda. bersila yer, jangan dok terkangkang lepastu sambil korek hidung. pengotor dan sangat serabai. ok lesson lesson lesson. hahaha (ketawa sekejap).

okey, pagi jumaat macam biasa CM ke sekolah menaiki motorsikal dari T6 ke Kluang yang mengambil masa 15 minit bersama rakan-rakann CM yang lain. kenapa sekolah jauh sangat? okey abaikan lah kenapa CM sekolah jauh-jauh sebab itu semua tak penting! hehe.

sampai je sekolah, dah parking motor CM bergerak ke dewan untuk bacaan yasin dan sembahyang hajat. rutin tu biasa untuk hari jumaat sahaja. bacaan yasin di mulakan. da habis tu sembahyang hajat pulak dilakukan. dah tamat~

seram tak? ye.. belum seram lagi, tu kan baru permulaan cerita, jangan lari pergi mana-mana dulu yang da baca sampai perenggan sini.
okey sambung cerita. da siap semua urusan kat dewan tu, CM pun berjalan lah untuk naik ke kelas masing-msing. tiba-tiba kawan CM si Fifi panggil la CM , dia kata "eh si A (nama sebenar dirahsiakan) tadi kene rasuk kan?" oh CM terperanjat sebentar mendengar kata-kata dari teman CM tadi. CM pu cakap lah "iyeke? bila weh?" excited nak tahu.

dari sumber teman CM si Shishi ni dia kata lah, disebabkan dia period time tu jadi dia tak dapat sama-sama dengan CM kat dalam dewan. so, si shishi ni dia kat surau time tu, tiba-tiba dia dengar ada budak menjerit. so budak-budak yg kat dlm surau tu automatik pandang belakang nak tahu siapa menjerit. cikgu yang kat dalam surau tu pun panggil budak-budak ni keluar, sebab cikgu cakap ada kes histeria.

budak yang kene histeria tu berubah suara lelaki. yang histeria tu budak perempuan. dalam kalut-kalut keadaan yang bising, si budak A (budak histeria) ni nak lari, tapi adalah beberapa budak perempuan lain yang pegang. tapi si A ni memang kuat gila.
ustaz yang nak ubtkan tu da suruh 'benda' kat dalam badan si A tu keluar tapi 'benda' tu cakap "kalau aku keluar budak ni akan mati" ya Allah seram weh. remang bulu roma.

sampai je kelas , budak-budak lain da kecoh pasal budak A tadi. tapi dari sumber budak-budak ni, si A ni memang jenis yang lemah semangat sikit, so.. benda halus macam ni memang senang masuk. banyak cerita yang diperoleh dari banyak suara. katanya itulah inilah.




budak pertama
yang ni begini katanya. masa pagi-pagi dia datg skolah si A ni dah sampai sekolah juga. bila dia tegur budak ni, macam biasa je. tak ada pula yang mencurigakan. lepastu dia cakap, sebenarnya budak A ni kena ilmu hitam dari ex-boyfriend dia. so, A ni masih dalam terapi ubat. tulah yang agaknya lemah semangat terus kena histeria. katanya lah.

budak kedua
yang ni pula katanya, si A ni pergi sekolah lalu belakang sekolah. belakang sekolah tu sebelum sampai dewan melalui padang. so, dia kata masa A nak gi sekolah ada orang lelaki tiba-tiba tegur dia then, tiba-tiba orang tu raba-raba dia dari bawah ke atas. lepas tu kena pukau. melarat sampai sekolah.

cikgu pula cerita
sumber dari cikgu pula, dia kata. A ni pergi sekolah naik bas. masa nak naik bas tiba-tiba ada orang lelaki ajak dia sama-sama naik motor dengan dia. tapi A ni menolak, orang lelaki tadi pegang tangan dia lepastu tiba-tiba A ni ikut dengan rela hati. so, lepas dia dah naik kat atas motor dia baru tersedar lepastu A ni meronta-ronta nak turun. orang lelaki tu pun turunkan dia kat belakang sekolah. A ni yang memang dah lemah semangat jadi trauma. tu lah yang benda tu senag masuk.

jadi ketiga-tiga sumber ni ada kebenarannya juga. tapi entahlah. CM tak ada time kejadian, jadi sukar nak percaya, tapi kata si shishi time sia sampai sekolah tu, Si A memang da menangis sesorang, lepastu dia ketawa. seram !

A yang kena histeria tu masih dalam berubat. kita doakan dia baik-baik sejahtera ya. khamsamida.

okey, CM out :)

secret Big Bang

anyohaseyo..
lama tak kan kita tak jumpa. hehe
hari ni CM nak buad entry pasal tajuk kat atas tu.. secret big bang atau dikenali sebagai rahsia big bang. apa lah yang rahsia sangat tu kan?

big bang tu artis kumpulan k-pop yang da popular tu.. tahu tak? msti korang tahu kan.. kalau tak tahu tak apa jap lagi CM bagi tau lah iye.
oh, ye.. sebenarnya beberapa hari lepas lah, adik CM yang dok tengah sibuk kat you tube tetibe ternampak satu tajuk SECRET BIG BANG. ada apa dengan rahsia tu.. haha, tak ada apa-apa rahsia pun sebenarnya . just diorang buad drama secret garden. tapi artis-artis nya diorang punya ahli kumpulan lah.

series, memang kelakar gila. bayangkan lah kalau si G.Dragon berlakon pegang watak perempuan. haha. memang tak boleh bla. nak tengok tak. jom...


ni bahagian part 1. time ni memang kelakar . G.Dragon pegang watak G.Raim. sweet plus comel. sumpah tak tipu! tengoklah..


 
ni bahagian part  2. ni pun kelakar. ada watak KISS lagi, haha. sporting la ahli-ahli group ni. CM memang suppor habis group Big Bang. daebak!

hai sekalian, da habis tengok kan drama special kat atas tu. harap happy. haha

Okey, CM out :)

Monday

Doraemon

hye, assalamualaikum. :)
CM type waktu tengah pagi ni. jam menunjukkan pukul 12.57am. suasana dalam rumah dah sunyi pun. tak taulah ari ni mata tak mau tutup macam selalu. waktu biasa dah tidur pun tak payah tunggu rumah sunyi macam waktu sekarang. :D

pagi yang sunyi ni tetibe lak nak post pasal doraemon. sungguh pelik bin ajaib. haha. sebenarnya tadi dok sibuk lepas tengok doraemon. CM nak share ngan korang lah ye episod2 yang best2 ni.

Doraemon Kapsul Merentasi Masa, nobita dan nobio, doraemon detektif nobita, Doraemon Lampu Segak.. ha tulah episod yang baru je lepas CM tgok. seronok tau. korang klik jelah ye yang mane satu berkenan dek hati.

tengok tajuk atas tu mesti tau kan? cartoon doraemon. zaman kecik2 dulu mesti selalu tengok. betol tak? ngaku jelah tak payah malu2 dengan CM haha. katun ni memang terbaik, CM selalu berangan nak dapat si doraemon ni, da lah banyak peralatan canggih dari abad 21, kalau la CM dapat CM nak simpan bia orang lain tak dapat. (berangan je lebih :p) tapi kat dunia rialiti ni tak mungkin kan? semua yang berlaku atas kuasa ALLAH  s.w.t

watak2 dalam doraemon ni pulak ialah Nobita,Giant,Sinyu dan Shizuka. watak sampingan yang lain2 tu researh sendiri lah. haha
Nobita mestilah korang semua tahu kan? seorang yang sangat pemalas dan hanya mengharapkan bantuan Doraemon. haa.. tolonglah jangan ikut dok perangai Nobita ni.
kalau si Giant ni pula tau buli orang yang lemah je, tahu lah badan tu besar. jangan kau orang dok fikir Giant supermarket pulak ye :D
kalau Sinyu mestilah perangai dia yang suka menunjuk2 tu. poyo ni semua! haha.
Shizuka yang cantik dan manis, hobi suka main biola da seorang yang pintar. kalau perangai Shizuka ni tak pelah nak diikuti oleh kita ye anak2. haha






 
ingat tak makanan favret doraemon? haa, tentulah dorayaki. tak tahu dorayaki macam mana? alah sian nye meh tgok macam mana bentuk dorayaki tu. petak ke bulat ke bentuk bunga2 ke..
 
ini dia dorayaki. dia berbentuk bulat. sedap kan?
 
 
kartun ni lah paling best waktu zaman kecik2. eleh da besa panjang pun dok download doraemon kat you tube. hehe. (tutup muka)
 
kalau nak tau lebih lanjut mengenai kartun ni korang klik je kat sebelah ni --->Doraemon


okey, CM out :)

Pengalaman di PLKN part I

Anyohaseyo.

hari ni terlebih mood pulak nak menaip. :)
awak semua tau kan CM dapat PLKN . tak tahu? tak apa CM tak kecik hati pun (padahal sedih) hehe.
okey, sebenarnya CM dapat PLKN kat kem PLKN NASUHA kat pagoh je. dekat je kod .:) tapi  pergi just seminggu je. seminggu woi. tak lama. even seminggu je pergi tapi rasa macam setahum.

first2 dapat pergi . ya Allah sedih gila time tu. kawan2 lain tak dapat ikut sama lak tu. semua mmber baik dapat panggilan 3. ha.. jangan fikir lain diorang tak nakal pun tau. iye lah selalu yang dapat panggilan 3 ni kan orang cakap budak2 nakal je kan. tapi dah rezeki depa nak dapat third calling nak buad camne kan?

part nak gi daftar kat dataran tasik Kluang hati memang da takut gila. first time jauh dari family, da lah kat sana nanti tak tau apa yang jadi. takut gelisah tak dapat jumpa kawan semua menjadi satu. berkumpul macam semut dapat gula. hehe. hiperbola pula ayat CM ni.

CM da sampai kem nasuha ni. sampai je terus kita orang diarahkan berkumpul kat depan dewan untuk dengar taklimat jurulatih. tengok muka jurulatih. seram! itu ayat pertama keluar dari hati. .haha. lepas bagi taklimat pendek kia orang diarahkan untuk bagi surat dari doktor . apa surat tu nama ek? alah lupa pula shit . haaa. medical chec-up.

da siap semua urusan tu. kita orang diberikan kumpulan pulak. kat sana dipanggil kompeni. kompeni Alfa, Kompeni beta, kompeni charlie, kompeni delta. CM dapat kompeni charlie. da siap semua urusan kompeni tu. kita orang dipanggil ke satu bilik. bilik? oh jangan salah sangka kat bilik tu beg kita orang check lagi oleh jurulatih . siapa yang bawa makanan,cermin,minuman ke or bla bla bla kene RAMPAS!. ohh,.. azab la siak. makanan pun nak rampas. apa kes? nak cakap jelah tak payah guna tipu helah merampas segala. haha. (jahat punya ketawa). okeylah tak kesah pun . :P

siap je check. kita orang dapat bilik or dorm lah. jauh gila dorm CM kat atas bukit woi. dengan bawak beg seberat tidak angkut bawa pergi naik bukit. ohh. memang kurus la balik PLKN kan. nak naik dorm tu aje makan masa 5minit kalau jalan lemah longlai. time kat sana ingatkan kita orang dari kluang ni pelatih yang datang awal . rupenye depa2 dari negeri sembilan,melaka dan sebagainya dah sampai dulu dah. mana ada segan. haiih.

yes. dapat mmber satu bilik tak ada orang india. ya.. itulah kata2 yang bermain kat dalam hati.
kawan2 satu bilik pun best. terbaik dari ladang. happy tau. ni kawan CM kat sane.





mereka semua baik2. dan yang baik2 tu juga semua ada kisah tersendiri. kita tunggu part lain la ye apa citer yang dok tersendiri tuh. haha.

nak lagi. eh nanti lah. penat lah taip. tak tik tak tik. tunggu part II eh?

 

okey, CM out :)